Sesi Perkongsian Peralatan Berteknologi Tinggi - Mikroskop Elektron | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI bpmu
» BERITA » Sesi Perkongsian Peralatan Berteknologi Tinggi - Mikroskop Elektron

Sesi Perkongsian Peralatan Berteknologi Tinggi - Mikroskop Elektron

27 Julai 2026, Isnin - Jawatankuasa Pengurusan Latihan Skim C UPM di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), Pejabat TNCPI, UPM telah mengadakan Latihan Skim Perkhidmatan Sains (C) yang pertama untuk tahun 2026 iaitu Sesi Perkongsian Peralatan Berteknologi Tinggi - Mikroskop Elektron pada 27 Julai 2026 yang lalu. Sesi perkongsian ini dilaksanakan secara atas talian melalui Google Meet bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Untuk makluman, objektif latihan ini adalah untuk membolehkan staf makmal mendapat pengalaman dalam bidang sains spesifik dan teknikal alatan dan meningkatkan ilmu teknikal melalui pertukaran pendapat dan perkongsian pengalaman antara staf makmal di UPM. Sesi perkongsian pertama iaitu mengenai Transmission Electron Microscope disampaikan oleh Encik Rafiuz Zaman daripada Institut Biosains manakala sesi kedua diteruskan dengan penyampaian perkongsian daripada Field Emission Scanning Electron Microscope oleh En. Md. Ali Rani. Sekurang-kurangnya 90 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian secara maya ini.

Tarikh Input: 03/08/2026 | Kemaskini: 03/08/2026 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
W, (01:58:18pm-02:03:18pm, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]