
28 Julai 2026, Selasa - Jawatankuasa Pengurusan Latihan Skim C UPM di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), Pejabat TNCPI, UPM telah mengadakan Bengkel Penyelenggaraan Kendiri Biological Safety Cabinet dan Laminar Flow Cabinet pada 28 Julai 2026 yang lalu. Bengkel selama setengah hari ini dijalankan di Makmal Pelbagai Guna 5 bagi sesi teori dan Makmal Penyediaan Media untuk sesi praktikal. Bengkel ini dijalankan dengan tujuan untuk membolehkan staf makmal mengenalpasti dan memahami reka bentuk serta fungsi setiap komponen alatan. Seterusnya, bengkel ini membolehlehkan staf makmal menghuraikan prinsip dan menggunakan kaedah yang betul bagi alatan makmal dalam pengendalian bahan. Kemudian, staf boleh melaksakanakan kerja-kerja penyelenggaraan asas dan trouble shooting alatan makmal. Pada jam 9.00 pagi, bengkel bermula dengan sesi teori dan penerangan disampaikan oleh Pn. Rabiatul Adawiati Mohamad Ghazali daripada ESCO Micro (M) Sdn. Bhd. Sesi seterusnya iaitu sesi praktikal dikendali oleh staf teknikal iaitu Encik Muhammad Aidil Mahadzir. Penyertaan untuk bengkel ini adalah terhad kepada 40 orang peserta terawal.
Tarikh Input: 03/08/2026 | Kemaskini: 03/08/2026 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia