
5 Ogos 2025, Selasa - Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) bersama-sama Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Pengurusan Sumber, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Pejabat Undang-Undang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk memberi input kepada pihak delegasi berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UPM. Lawatan ini bermula sekitar jam 10 pagi dimana pihak delegasi daripada dua kementerian telah tiba dan disambut oleh warga TNCPI dengan sesi bergambar di lobi utama bangunan Pejabat TNCPI. Seterusnya, kata-kata aluan disampaikan oleh Pn. Haslida Hassan, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti UPM dan diikuti dengan Taklimat Perlaksanaan EKSA di UPM oleh Pn. Nurainakmal Kamal Bahrin, Penyelaras EKSA UPM. Pada jam 11.30 pagi, pihak delegasi berkesempatan melakukan beberapa siri lawatan ke Bilik Latihan Putra Learning Space, Pejabat Pusat Jaminan Kualiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) dan Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU). Lawatan berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi penyampaian cenderamata kepada pihak delegasi yang berkunjung.
Tarikh Input: 06/08/2025 | Kemaskini: 06/08/2025 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia