
Pada 4 dan 5 Mei 2026 yang lalu, Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah menganjurkan Latihan Akreditasi Makmal MS ISO/IEC 17025:2017 Internal Auditing. Latihan ini telah diadakan selama dua hari di Bilik Seminar INTROP, Aras 1, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan. Sejumlah 30 orang peserta di kalangan Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains dan Pegawai Eksekutif telah menyertai latihan ini. Penceramah untuk latihan ini merupakan pelatih daripada SIRIM Academy Sdn. Bhd. iaitu Pn. Anijah Pangat.
Tarikh Input: 13/05/2026 | Kemaskini: 13/05/2026 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia