Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2025 | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2025

Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2025

14 Ogos 2025, Khamis - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah mengadakan Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2025 pada 14 Ogos yang lalu. Bengkel selama sehari ini diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas, Aras 4, Institusi Biosains (IBS) bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk membolehkan staf makmal memahami kepentingan verifikasi peralatan asas makmal, mengenalpasti peralatan yang perlu diverifikasi dan mempelajari kaedah melaksanakan verifikasi peralatan asas makmal yang betul. Bengkel dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada konsep asas tentukuran dan verifikasi peralatan oleh En. Rafiuz Zaman Haroun. Kemudian, tentatif bengkel diteruskan lagi dengan sesi amali. Sesi amali ini dibahagi kan kepada 3 iaitu verifikasi jisim, suhu dan isipadu dan masing masing dibantu oleh fasilitator iaitu Pn. Nurnazeera Zulkefli, Pn. Emi Nadia Mohd Thani dan Pn, Norhaszalina Md. Isa. Seramai 45 orang peserta telah menyertai bengkel kali ini.

Tarikh Input: 12/09/2025 | Kemaskini: 12/09/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
S, (03:15:37am-03:20:37am, 09 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]