Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 1 2025 | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 1 2025

Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 1 2025

12 Jun 2025, Khamis - Jawatankuasa Task Force (JKTF) Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah mengadakan latihan kedua untuk takwim 2025 iaitu Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 1 2025. Bengkel yang dijalankan di Institut Biosains ini telah disertai sekurang-kurangnya 45 orang peserta di kalangan Skim Perkhidmatan Sains (C). Untuk makluman, objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal memahami kepentingan verifikasi peralatan asas makmal, mengenalpasti peralatan yang perlu diverifikasi dan mempelajari kaedah melaksanakan verifikasi peralatan asas makmal yang betul. Bengkel ini mempunyai dua sesi iaitu sesi teori dan sesi amali. Untuk sesi teori, perkongsian Konsep Asas Tentukuran dan Verifikasi Peralatan telah disampaikan oleh penceramah, En. Rafiuz Zaman Haroun. Untuk sesi amali iaitu verifikasi jisim, suhu dan isipadu dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu Pn. Nurnazeera Zulkefli, Pn. Emi Nadia Mohd Thani dan Pn. Norhaszalina Md. Isa.

Tarikh Input: 18/06/2025 | Kemaskini: 18/06/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
W, (07:01:04am-07:06:04am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]