Bengkel Pelarasan Pengurusan Polisi Bahan Kimia, Gas Dan Peralatan Berpusat UPM | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI 127
» BERITA » Bengkel Pelarasan Pengurusan Polisi Bahan Kimia, Gas dan Peralatan Berpusat UPM

Bengkel Pelarasan Pengurusan Polisi Bahan Kimia, Gas dan Peralatan Berpusat UPM

28 Ogos 2024, Rabu – Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah mengadakan satu Bengkel Pelarasan Pengurusan Bahan Kimia, Silinder Gas dan Peralatan yang berlangsung selama 3 hari iaitu 28, 29 dan 30 Ogos 2024. Bengkel ini dijalankan secara hibrid dimana menggunakan Dewan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) untuk untuk kaedah bersemuka dan secara dalam talian melalui Zoom Meeting. Untuk hari pertama, JKTF Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah BPMU telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengadakan sesi perkongsian secara atas talian mengenai pengurusan bahan kimia, silinder gas dan peralatan berpusat. Sesi perkongsian 1 bertajuk Cabaran dan Realisasi; Pengurusan Bahan Kimia dan Silinder Gas Secara Berpusat telah disampaikan oleh Pegawai Sains daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Puan Nursyazwani Aznan. Sesi perkongsian 2 pula disampaikan oleh Pegawai Sains daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga, Puan Nurfarhana Hasmuni dengan tajuknya, Cabaran dan Realisasi; Amalan Terbaik Pengurusan Perkhidmatan Peralatan Makmal Secara Berpusat. Selepas tamatnya sesi perkongsian dalam talian, perbincangan di dalam kumpulan dijalankan untuk mengupas tentang pengurusan bahan kimia, silinder gas dan peralatan berpusat sehingga hari ketiga bengkel. Sesi perbincangan dalam kumpulan ini diketuai oleh 3 orang fasilitator iaitu ChM. Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil, Pn. Arba’ah Md. Salleh dan Pn. Nor Afida Miskam. Pada hari ketiga, hasil dapatan perbincangan di dalam kumpulan dibentangkan dan proses pemurnian, rumusan dan kompilasi hasil bengkel dijalankan.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (10:21:01pm-10:26:01pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]