Taklimat Pengurusan Stor Kimia | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Taklimat Pengurusan Stor Kimia

Taklimat Pengurusan Stor Kimia

23 Julai 2024, Selasa – Jawatankuasa Task Force (JKTF) Latihan & Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Taklimat Pengurusan Stor Kimia pada 23 Julai 2024 yang lalu. Taklimat ini diadakan secara atas talian melalui Zoom Meeting bermula jam 9 pagi hingga 11:30 tengah hari. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal menambah ilmu pengetahuan dalam pengurusan stor kimia yang betul dari segi penerimaan, penyimpanan dan pelupusan. Selain itu, taklimat sebegini juga dapat meningkatkan kesedaran dan mengurangkan risiko kemalangan semasa pengurusan stor kimia dijalankan. Taklimat Pengurusan Stor Kimia yang dijalankan secara maya ini telah dihadiri lebih kurang 232 peserta di kalangan skim perkhidmatan C, Sains UPM.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (08:20:50am-08:25:50am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]