Taklimat Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Dan Biologi | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI bpmu
» BERITA » Taklimat Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia dan Biologi

Taklimat Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia dan Biologi

28 Ogos 2025, Khamis - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), UPM telah mengadakan Taklimat Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia dan Biologi pada 28 Ogos yang lalu. Taklimat selama dua jam ini diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting. Untuk makluman, objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal mempelajari dan memahami kaedah selamat pengendalian tumpahan bahan kimia dan biologi di makmal, mengaplikasikan pengetahuan dalam tugas harian dan membantu meningkatkan perkhidmatan makmal melalui amalan terbaik. Taklimat bermula kira-kira jam 10 pagi dan disampaikan oleh En. Mohd Azman Ahmad, Pegawai Sains daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sekurang-kurangnya 224 orang peserta telah menghadiri sesi taklimat ini.

Tarikh Input: 17/09/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (02:25:12pm-02:30:12pm, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]