
24 Julai 2024, Rabu – Jawatankuasa Task Force (JKTF) Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah menganjurkan satu lagi latihan skim perkhidmatan sains (C) iaitu Taklimat Pengendalian Selamat Silinder Gas Termampat, Cecair Nitrogen dan Autoklaf. Taklimat ini berlangsung secara atas talian melalui Zoom Meeting selama 3 jam setengah bermula pada 9:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Penganjuran taklimat ini adalah untuk membolehkan staf makmal memahami kaedah pengendalian silinder gas termampat. Tambahan, staf makmal juga dapat meningkatkan kesedaran dan mengurangkan risiko kemalangan. Taklimat ini dimulakan dengan sesi perkongsian mengenai pengendalian selamat silinder termampat dan cecair nitrogen oleh Pn. Norhaszalina Md. Isa dan diikuti dengan sesi soal jawab. Kemudian, Pn. Arba’ah Md. Salleh meneruskan lagi sesi perkongsian bertajuk pengendalian selamat autoklaf dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta yang menghadiri taklimat. Jumlah penyertaan untuk taklimat secara atas talian ini adalah seramai 262 orang peserta.
Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia