Taklimat Kesedaran Dan Kepentingan Asas Pertolongan Cemas Di Makmal | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI bpmu
» BERITA » Taklimat Kesedaran dan Kepentingan Asas Pertolongan Cemas di Makmal

Taklimat Kesedaran dan Kepentingan Asas Pertolongan Cemas di Makmal

31 Julai 2025, Khamis - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah mengadakan Taklimat Kesedaran dan Kepentingan Asas Pertolongan Cemas di Makmal. Taklimat selama dua jam yang bermula pada jam 3 petang ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Rusydi Nawawi daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Objektif kepada taklimat ini adalah untuk membolehkan staf makmal mempelajari kepentingan asas pertolongan cemas di makmal. Seterusnya, membantu memastikan langkah awal pertolongan cemas di makmal dilaksanakan apabila berlaku kecemasan. Tambahan, staf makmal dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam tugas harian. Kira-kira 241 orang peserta telah menyertai taklimat secara maya melalui aplikasi Zoom ini.

Tarikh Input: 06/08/2025 | Kemaskini: 06/08/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (07:47:38pm-07:52:38pm, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]