
24 Jun 2025, Selasa - Jawatankuasa Task Force (JKTF) Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah mengadakan Taklimat Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) & Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC). Tujuan utama taklimat ini dijalankan adalah untuk memahami fungsi dan peranan JKEUPM dan IACUC, mengaplikasi pengetahuan dalam bidang berkaitan dan membantu memastikan pelaksanaannya mengikut peraturan yang ditetapkan. Taklimat ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.15 tengahari dan disertai oleh 66 orang peserta daripada UPM dan agensi luar. Taklimat pertama berkaitan fungsi dan peranan JKEUPM disampaikan oleh Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin yang merupakan seorang pensyarah perubatan kanan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Seterusnya, Dr. Kartini Jasni selaku penceramah kedua menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan IACUC. Sebelum taklimat ini berakhir, beberapa soalan sempat diajukan oleh para peserta dalam sesi QnA.
Tarikh Input: 02/07/2025 | Kemaskini: 02/07/2025 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia