Taklimat Biokeselamatan Dan Biosekuriti | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Taklimat Biokeselamatan dan Biosekuriti

Taklimat Biokeselamatan dan Biosekuriti

6 Mei 2025, Selasa - Latihan Skim Perkhidmatan Sains (C) pertama untuk takwim 2025 iaitu Taklimat Biokeselamatan dan Biosekuriti telah dijalankan oleh Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), UPM. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal memahami tentang kepentingan biokeselamatan dan biosekuriti, mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang berkaitan dan membantu memastikan pelaksanaannya mengikut peraturan yang ditetapkan. Taklimat yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini disampaikan oleh Pegawai Sains daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu En. Mohd Azman Ahmad. Sejumlah 210 orang peserta di kalangan warga UPM dan agensi-agensi luar telah menghadiri taklimat selama dua jam ini.

Tarikh Input: 15/05/2025 | Kemaskini: 15/05/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
S, (04:30:03am-04:35:03am, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]