Sesi Perkongsian Siri 2/2024: Pengoperasian Peralatan Berteknologi Tinggi - DSC & UTM | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Perkongsian Siri 2/2024: Pengoperasian Peralatan Berteknologi Tinggi - DSC & UTM

Sesi Perkongsian Siri 2/2024: Pengoperasian Peralatan Berteknologi Tinggi - DSC & UTM

21 Ogos 2024, Rabu – Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti telah mengadakan satu lagi latihan untuk skim perkhidmatan Sains (C) iaitu Sesi Perkongsian Siri 2/2024: Pengoperasian Peralatan Berteknologi Tinggi – Differential Scanning Calorimetry (DSC) dan Universal Testing Machine (UTM). Sesi perkongsian ini merupakan siri kedua dijalankan untuk tahun ini selepas sesi perkongsian siri pertama yang melibatkan peralatan berteknologi tinggi seperti HPLC dan NMR. Sesi perkongsian ini berlangsung selama 4 jam dan diadakan di Unit Uji Bahan, Laboratori Teknologi Biokomposit, INTROP. Tujuan utama sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman dalam bidang sains spesifik dan teknikal alatan. Disamping itu, staf makmal juga boleh meningkatkan ilmu teknikal melalui pertukaran pendapat dan pengalaman antara staf makmal di UPM. Sesi perkongsian bermula dengan pembelajaran teori peralatan berteknologi tinggi, DSC dan UTM. Kemudian, diikuti dengan sesi demonstrasi yang dibantu oleh fasilitator, Pn. Eli Rashidah Ashari dan En. Mohd Lufti Mohd Tawil. Sejumlah 26 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian peralatan berteknologi tinggi – DSC dan UTM ini.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (01:19:27pm-01:24:27pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]