
12 Jun 2024 - Jawatankuasa Task Force (JKTF) Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) UPM telah mengadakan Sesi Perkongsian Siri 1/2024: Pengoperasian Peralatan Berteknologi Tinggi – HPLC & NMR yang bertempat di Bilik Seminar NaturMeds A, Institut Biosains (IBS).
Objektif sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal mendapatkan pengalaman dalam bidang sains spesifik dan teknikal alatan dan meningkatkan ilmu teknikal melalui pertukaran pendapat dan pengalaman antara staf makmal di UPM.
Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta di kalangan skim perkhidmatan sains (C) UPM. Sesi ini bermula dengan sesi teori peralatan berteknologi tinggi – High Performance Liquid Chromatography (HPLC) oleh Puan Zurina Zainal dan diteruskan dengan sesi teori peralatan berteknologi tinggi – Nuclear Magnetic Resonance (NMR) oleh Encik Salahudin Mohd Raof. Setelah mempelajari teori peralatan berteknologi tinggi, para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk sesi terakhir iaitu demonstrasi peralatan berteknologi tinggi secara amali yang dijalankan serentak.
Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia