Sesi Perkongsian: Penyakit Genetik Dan Rawatan Berasaskan Sel Stem | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Perkongsian: Penyakit Genetik dan Rawatan Berasaskan Sel Stem

Sesi Perkongsian: Penyakit Genetik dan Rawatan Berasaskan Sel Stem

30 Julai 2024, Selasa – Satu latihan skim perkhidmatan sains (C) iaitu Sesi Perkongsian: Penyakit Genetik dan Rawatan Berasaskan Sel Stem telah diadakan pada 30 Julai 2024. Sesi perkongsian ini merupakan anjuran Jawatankuasa Task Force (JKTF) Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti. Sesi perkongsian ini dijalankan secara hibrid dimana menggunakan Bilik Mesyuarat Utama, FPSK untuk kaedah bersemuka dan secara atas talian melalui Zoom Meeting. Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Norshariza Nordin ini mempunyai 3 objektif utama iaitu untuk mendedahkan staf makmal berkenaan asas genetik dan penyakit genetik, menambah pengetahuan mengenai sel stem dan prospektif terapi berasaskan sel stem dan berkongsi maklumat terkini dalam bidang penyelidikan sel stem di Malaysia. Sejumlah 101 peserta di kalangan skim C telah mengikuti sesi perkongsian ini secara atas talian.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (05:17:44am-05:22:44am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]