Sesi Perkongsian Pengoperasian HPLC-MS Dan GCMS | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Perkongsian Pengoperasian HPLC-MS dan GCMS

Sesi Perkongsian Pengoperasian HPLC-MS dan GCMS

7 Oktober 2025, Selasa - Jawatankuasa Task Force Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti telah mengadakan satu lagi latihan iaitu Sesi Perkongsian Pengoperasian HPLC-MS & GCMS. Sesi ini telah dijalankan di Bilik Seminar NaturMeds A, Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi, IBS yang bermula jam 8 pagi hingga 1.00 tengah hari. Untuk makluman, sesi ini bertujuan untuk membolehkan staf makmal mendapatkan pengalaman dalam bidang sains speisifik dan teknik alatan dan meningkatkan ilmu teknikal melalui pertukaran pendapat dan perkongsian pengalaman antara staf makmal di UPM. Bagi sesi teori alatan, Pn. Zurina Zainal memberikan penerangan tentang HPLC-MS manakala Pn. Mazina pula memberi penerangan tentang GCMS. Setelah selesai sesi teori, tentatif program diteruskan lagi dengan demo alatan untuk HPLC-MS dan GCMS. Lebih kurang 22 orang peserta di kalangan Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains telah menyertai sesi pada kali ini.

Tarikh Input: 04/11/2025 | Kemaskini: 04/11/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (11:46:01pm-11:51:01pm, 14 Jul 2026)   11:46:11pm