
29 September 2025, Isnin - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti telah mengadakan satu lagi latihan untuk takwim 2025 iaitu Sesi Perkongsian MS ISO/IEC 17025 - Dari Pematuhan ke Kecemerlangan Makmal pada 29 September yang lalu. Sesi perkongsian yang berdurasi dua jam ini telah dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Tujuan sesi perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan staf makmal mempelajari dan memahami tentang akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025, mengaplikasikan pengetahuan dalam tugasan harian dan membantu meningkatkan perkhidmatan makmal melalui amalan terbaik. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Pegawai Sains C13 iaitu En. Rafiuz Zaman Haroun dari Institut Biosains. Sekurang-kurangnya 117 peserta dikalangan staf UPM dan agensi luar telah menyertai sesi kali ini secara atas talian.
Tarikh Input: 06/10/2025 | Kemaskini: 06/10/2025 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia