Lawatan Penandaarasan UKM | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Penandaarasan UKM

Lawatan Penandaarasan UKM

14 Jun 2024 (Jumaat) - Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Kumpulan Pegawai Sains (K-Sains), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk pengurusan perkhidmatan sains.

Delegasi Kumpulan Pegawai Sains (K-Sains), UKM ini diketuai oleh Cik Lily Khairiah Kadaruddin, Ketua Skim Perkhidmatan Sains dan Pn. Hir Yanti Md Tahir, Pegawai Sains C54. Delegasi yang hadir juga terdiri daripada wakil Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Farmasi (FFar), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Institut kejuruteraan Mikro & Nanoelektrik (IMEN), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal (ALAF-UKM), Pusat Pengurusan Risiko Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM).

Objektif lawatan ini adalah untuk membina jaringan dan menjalankan kolaborasi berkaitan perkhidmatan sains antara universiti sekaligus berkongsi amalan terbaik berkaitan perkhidmatan sains dan pengurusan makmal antara universiti.

Akhir kata, semoga lawatan kerja ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak; UPM dan UKM seterusnya mencapai objektif yang telah disasarkan, selain untuk merapatkan hubungan jaringan dan kolaborasi antara Skim C.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
W, (06:37:22am-06:42:22am, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]