Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2024 | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2024

Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2024

12 September 2024, Khamis – Jawatankuasa Task Force (JKTF) Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) telah menjalankan latihan terakhir skim perkhidmatan sains (C) untuk tahun 2024 iaitu Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 2 2024. Bengkel ini bermula pada 8:30 pagi hingga 4:30 petang dan bertempat di Bilik Tongkat Ali Emas, Aras 4, Institut Biosains (IBS). Tentatif pertama bengkel ini dimulakan dengan perkongsian konsep asas tentukuran/verifikasi: prosedur tentukuran/verifikasi peralatan dan penemuan audit yang disampaikan oleh penceramah, En. Rafiuz Zaman Haroun. Kemudian, diteruskan lagi dengan sesi amali. Sesi amali untuk Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal ini dibahagikan kepada 3 kumpulan amali iaitu verifikasi jisim, pipet, pH meter dan suhu. Setiap kumpulan amali ini diketuai oleh fasilitator-fasilitator, Pn. Nurnazeera Zulkefli, Pn. Norhaszalina Md. Isa, Pn. Julia Abdul Aziz dan Pn. Emi Nadia Mohd Thani. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memahami kepentingan verifikasi peralatan asas makmal. Selain itu, staf makmal juga boleh diasah untuk mengenalpasti peralatan yang perlu diverifikasi dan dapat mempelajari kaedah melaksanakan verifikasi peralatan asas makmal yang betul. Seramai 45 orang peserta di kalangan skim C telah pun menyertai bengkel ini.

Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (03:02:08pm-03:07:08pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]