
21 Mei 2024 - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Verifikasi Peralatan Asas Makmal Siri 1 2024.
Bengkel ini telah diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas, Aras 4, Institut Biosains (IBS) dan dihadiri oleh 45 orang peserta. Objektif bengkel ini adalah untuk membolehkan staf makmal memahami kepentingan verifikasi peralatan asas makmal, mengenalpasti peralatan yang perlu diverifikasi dan mempelajari kaedah melaksanakan verifikasi peralatan asas makmal yang betul.
Bengkel ini dimulakan dengan perkongsian teori konsep asas tentukuran/verifikasi yang disampaikan oleh En. Rafiuz Zaman Haroun. Kemudian, diteruskan dengan 3 sesi amali iaitu verifikasi jisim, suhu dan pH meter yang disampaikan oleh fasilitator, Pn, Nurnazeera Zulkefli, En. Azmi Mohd Amban dan Pn. Julia Abdul Aziz.
Tarikh Input: 04/10/2024 | Kemaskini: 04/10/2024 | muhammadfadli

Aras 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia