Bengkel Penyelenggaraan Kendiri Mikroskop | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
» BERITA » Bengkel Penyelenggaraan Kendiri Mikroskop

Bengkel Penyelenggaraan Kendiri Mikroskop

12 Ogos 2025, Selasa - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), UPM telah mengadakan Bengkel Penyelenggaraan Kendiri Mikroskop pada 12 Ogos 2025 yang lalu. Seperti yang kita tahu penggunaan mikroskop sangat meluas di UPM untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Oleh kerana penggunaannya yang meluas, pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membantu staf makmal mempelajari penyelenggaraan kendiri mikroskop, membantu mengurangkan kos baik pulih dan penyelenggaraan luar dan mengaplikasikan pengetahuan dalam tugas harian. Bengkel selama sehari ini bertempat di Makmal Pengajaran Agro B, Jabatan Sains Tanaman, Blok D, Fakulti Pertanian. Tentatif bengkel dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi JKTF Latihan dan Kompetensi Skim C, En. Mohamad Ismail Baharom. Seterusnya, En. Rafiuz Zaman Haroun selaku penceramah memberi sedikit penerangan mengenai pengenalan kepada mikroskop. Kemudian, bengkel diteruskan lagi dengan sesi penyelenggaraan asas mikroskop oleh En. Rafiuz Zaman Haroun sambil dibantu oleh fasilitator, En. Saipuzaman Ali sehingga bengkel tamat pada jam 4.30 petang. Lebih kurang 52 orang peserta di kalangan Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains telah menyertai bengkel ini. 

Tarikh Input: 27/08/2025 | Kemaskini: 27/08/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
W, (11:14:43pm-11:19:43pm, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]