Bengkel Keselamatan Dan Kebersihan Di Makmal Penyediaan Makanan | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI bpmu
» BERITA » Bengkel Keselamatan dan Kebersihan di Makmal Penyediaan Makanan

Bengkel Keselamatan dan Kebersihan di Makmal Penyediaan Makanan

17 Oktober 2025, Jumaat - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) UPM telah mengadakan Bengkel Keselamatan dan Kebersihan di Makmal Penyediaan Makanan pada 17 Oktober 2025 yang lalu. Untuk makluman, objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membolehkan staf makmal mendapatkan latihan amalan pengendalian makanan yang selamat bagi mengelakkan pencemaran makanan melalui teknik penyediaan yang betul dan mempraktikkan cara kerja yang betul agar dapat meminimumkan kemalangan di dapur. Bengkel berdurasi dua jam yang bermula seawal 8.15 ini dijalankan di Makmal Latihan Kulinari, Kompleks Perkhidmatan Makanan UPM (Food 6), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM). Pn. Diana Zakaria selaku Penolong Pegawai Sains dan Chef di L'apprenti telah dilantik sebagai penceramah untuk bengkel ini. Selepas tamat sesi teori, para peserta dibawa melawat kawasan di sekitar L'apprenti. Sekurang-kurangnya 22 orang peserta di kalangan Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal telah menyertai bengkel ini.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (03:27:48am-03:32:48am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]