Sesi Perkongsian Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan | BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI bpmu
» BERITA » Sesi Perkongsian Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan

Sesi Perkongsian Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan

15 Oktober 2025, Rabu - Jawatankuasa Task Force Pengurusan Latihan dan Kompetensi Skim C di bawah Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), UPM telah mengadakan Sesi Perkongsian Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan pada 15 Oktober 2025 yang lalu. Sesi perkongsian ini telah dijalankan di Bilik Tongkat Ali Emas, Institut Biosains dan berlangsung selama 4 jam bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Sesi perkongsian ini dijalankan untuk membolehkan staf makmal mendapatkan pengalaman dalam bidang teknik asas kultur tisu tumbuhan dan meningkatkan ilmu sains spesifik melalui pertukaran pendapat dan perkongsian pengalaman antara staf makmal di UPM. Sesi perkongsian ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi teori teknik asas kultur tisu tumbuhan dan sesi demonstrasi dan amali. Sesi teori telah disampaikan oleh penceramah iaitu Pn. Julia Abdul Aziz manakala sesi demonstrasi dan amali dibantu oleh En. Muhammad Amri Putra Safhee. Sesi demonstrasi dan amali ini merangkumi demonstrasi penyediaan media dan amali subkultur. Seramai 20 orang peserta di kalangan Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains telah menyertai sesi perkongsian ini.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | muhammadfadli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1601
-
X, (11:58:33am-12:03:33pm, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]